Tuesday, October 12, 2010

Lakaran (hanya mencuba) :D

Lakaran 1 - Spongebob (Karekter)

DEPAN

TEPI
BELAKANG
ATAS

Lakaran 2

Depan

TEPI

BELAKANG

ATAS

Tutorial Cawan(3d Max) dan Keterangan tentang 3D Max

Apa itu 3D Max?

Autodesk 3ds Max, dahulu dipanggil 3D Studio MAX , adalah pemodelan, animasi dan rendering pakej yang dibangunkan oleh Autodesk Media and Entertainment. Memiliki kemampuan pemodelan, arsitekstur plugin yang fleksibel dan boleh digunakan pada platform Microsoft Windows. Software boleh digunakan oleh pemaju permainan video, studio TV komersial dan studio visualisasi arsitektur. Software ini juga digunakan untuk kesan-kesan filem dan filem pra-visualisasi.
Selain permodelan dan alat animasi, versi terbaru dari 3ds Max juga ciri shader (seperti oklusi ambien dan bawah permukaan hamburan), simulasi dinamik, sistem zarah, radiositasi, pembuatan peta biasa dan rendering, pencahayaan global, antara muka pengguna disesuaikan,
mempunyai skrip pengaturcaraan yang tersendiri..


Tutorial 1
Model : Cawan
Software : 3d max
*(klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas)

Langkah 1 : Pilih "Line" dan buat seperti gambar diatas.(pastikan pilih "Smooth" pada option di bawahnya.


Langkah 2 : Pergi ke "Modifier List" dan Pilih "Lathe" seperti gamba diatas.


Langkah 3 : Pergi ke "+Line" dan akan ada "Axis">Pilih "Axis">Kemudian Tarik atau drag anak panah di objek.Tarik sehingga menyerupai Sebiji Cawan.

Langkah 4 : Kelihatan objek Cawan sudah di bina.Sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk mencantikkan atau memberi sedikit effect agar cawan kelihatan seperti cawan kaca atau lutsinar.

Langkah 5 : Pergi "Material Editor" dan ubah "Ambient","Diffuse" kepada apa warna yang
anda sukai.Saya cadangkan memilih warna yang kurang gelap sebagai contoh seperti warna yang saya pilih.Kemudian Pilih "Specular Hightlight" dan ubah nilai "Specular Level" ke "86","Glossiness" ke "34" serta "Soften" ke "0.1".


Langkah 6 : Render model cawan untuk preview.



Langkah 7 : Jika objek telah siap.Render sepenuhnya.



Model Cawan telah siap..
Selamat Mencuba..!! :D

Bola Sepak (3d Max)

Tutorial 2
Model : Bola Sepak
Software 3d max
*(klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas)



Ini ialah Bola Sepak yang telah siap..Sekarang saya akan tunjukkan urutan bagaimana hendak membuat Bola Sepak menggunakan 3d Max.

Langkah 1 : Pilih "Shape" >Ubah "Standard Primitive: ke "Extended Primitive" > Pilih "Hedra">Bina objek anda > Pergi ke parameter > Pastikan atau pilih "Dodec/icos".

Langkah 2 : Ubah nilai parameter "P= 0.36" "Q= 0.0"

Langkah 3 : Pilih objek > 'Right Click'> Pilih "Convert To" > "Convert to Editable Poly"

Langkah 4 : Setelah langkah diatas,Model akan jadi seperti di bawah.

Langkah 5 : Pergi ke "Modifier List" > Pilih "TurboSmooth"

Langkah 6 : Kemudian pergi semula ke "Modifier List" tadi dan Pilih "Spherify"

Langkah 7 : Model akan menjadi seperti dibawah. Langkah seterusnya Pergi semula ke "Modifier List" dan pilih "Edit Poly".

Langkah 8 : Seterusnya, Buat langkah seperti di bawah.

Langkah 9 : Selepas proses di atas,ini ialah rupa semasa model.

Langkah 10 : Kemudian Pilih "Extude" (akan keluar option) Pilih Group > Ubah "Extension High" ke "0.43". Tekan Ok.

Langkah 11 : Model akan jadi seperti dibawah ini.

Langkah 12 : Klik pada Model.

Langkah 13 : Pergi ke "Modifier List" > Pilih "MeshSmooth"

Langkah 14 : Jadikan atau ubah nilai "iterations" kepada "2" dan tetap kan nilai pada "Smoothness" iaitu "1.0".


Langkah 15 : Klik pada "Bitmap" > Pergi ke "Specular Highlights" ubah nilai ke "47","Glossiness" "10" dan "Soften" ke angka "0.11".

Langkah 16 : Model Siap.

Langkah 17 : Pilih Render (Tekan F10) untuk mendapat "view" yang sebenar.

Langkah 18 : Option akan keluar.Tekan Render.

Langkah 19 : Model yang telah di render telah siap.

Model Siap di bina seperti diatas.

Sunday, October 10, 2010

Hasil Kerja Saya..(movement)



Saya menggunakan Software 3D Max.Didalam 3d max saya menggunakan 'basic shape' dan membuat mata,warna serta bahagian lain melalui Adobe Ilustrator.Saya simpan sebagai fail jpeg dan tampalkan ke model saya.